Saturday, August 23, 2008

Harga Minyak Tak Menentu....

Assalamualaikum & Salam Sejahtera:

Terima kasih kerana sudi melayari blog saya untuk mendapatkan idea atau gambaran yang sebenar tentang cara-cara untuk mengurangkan kos bahan bakar kita yang semakin meruncing dari hari ke hari.. Dengan keadaan sekarang, secara tidak langsung, telah menyebabkan kadar inflasi negara kita semakin meningkat, akibat kenaikan harga barang yang melampau.


Para Pembaca yang dihormati sekalian...
Terasa perit untuk berbelanja pada masa kini. saya sendiri merasakan seperti bekerja semata-mata untuk memberi "MAKAN" kereta. Bayangkan, dengan bayaran ansuran bulanan RM700, katakan kegunaan bahan bakar (Petrol) sehari adalah RM30 (kalau sebulan dah RM900!!!), bayar duit tol sehari RM5 (mungkin lebih, 20 hari bekerja RM100), Parking kereta?? katakanla rm100 sebulan, itu belum masuk kalau kereta nak kena tukar minyak hitam lagi..... Aduh!!! untuk perbelanjaan kereta sahaja dah mencecah rm1800 sebulan.... Disebabkan perkara ini berlaku, saya percaya, ramai diantara kita termasuk saya sendiri akan bangun lebih awal dari biasa, masak apa2 yang patut, dan bawa bekal ke ofis semata-mata untuk menjimatkan perbelanjaan (Perit sangat, kereta makan lebih mahal daripada tuan yang memandu). ini belum masuk lagi makan minum, perbelanjaan dapur, bil air/elektrik, sewa/ansuran rumah... kalau yang telah berkahwin dan beranak pinak, lebih perit lagi kehidupan pada masa sekarang..

Bagi yang berpendapatan RM5,000 - Rm6,000 keatas, mungkin tidak begitu ketara 'peritnya' berbanding dengan golongan yang berpendapatan RM2,000 - RM3,000 seperti saya ni. Maka, ada yang terpaksa mencari pendapatan tambahan untuk menampung kehidupan seharian, menyara anak-anak dan isteri..


Saudara & Saudari sekalian...
Di dalam blog saya ini, anda akan dapat lihat bagaimana caranya untuk kita menjimatkan kos bahan bakar, sekaligus dapat mengurangkan perbelanjaan penyelenggaraan kenderaan setiap bulan.. Selain itu, kita juga boleh memperkenalkan produk penjimat bahan bakar ini kepada sesiapa sahaja tidak kira yang berada di malaysia mahupun luar negara.. Dan yang lebih menarik, kita juga dapat menambah pendapatan kita setiap hari dengan hanya memberi peluang
kepada rakan-rakan kita mencuba dan membeli produk yang UNIK ini.. Insyallah, anda pasti dapat merasakan penjimatan petrol atau diesel anda, selain dapat merasai kelainan deruman enjin kenderaan anda, yang pasti akan membuatkan anda rasa lebih teruja dengan pencapaian kenderaan anda selepas anda menggunakan produk ini.

No comments: